Dasar penghantaran

Nota penting: Sekiranya anda telah membayar dan tidak mendapat maklum balas dari kami dalam masa 24 jam bekerja, sila hubungi kami dengan segera.

Pesanan anda penting bagi kami. Kami berusaha untuk memberi maklum balas atau menghantar pesanan anda dalam masa 1-2 hari. Untuk membantu kami mengesan dan mempercepatkan pesanan anda, sila e-mel kepada kami di yuan.my@ehub365.edu.sg.

Sertakan butiran ini semasa anda menulis kepada kami:

  • Tarikh pesanan:
  • Nama:
  • Nombor telefon/e-mel:
  • Resit/Slip pembayaran:
  • Alamat penghantaran:

Mata Wang

Semua harga di laman web ini adalah dalam Ringgit Malaysia (RM).

Jadual penghantaran di Malaysia

Rakan kongsi logistik tempatan kami menghantar bungkusan dalam masa 1-2 hari bekerja di Malaysia dari tarikh pengambilan/pick up, antara Isnin hingga Ahad dari jam 9:00 pagi hingga 10:00 malam (tidak termasuk cuti umum).

Mesej teks atau SMS akan dihantar kepada penerima untuk memaklumkan bungkusan tersebut dalam perjalanan. Sekiranya tiada orang di rumah, pegawai akan cuba menghubungi pembeli untuk mendapatkan kebenaran untuk meninggalkan bungkusan di anak tangga, celah pintu, kabinet kasut atau lain-lain. Untuk meninggalkan bungkusan itu di tempat yang selamat, penerima diminta untuk memberikan Kata Laluan Satu Kali (OTP) 4 digit kepada kakitangan yang diberi tanggungjawab oleh syarikat kurier.

Sekiranya pembeli tidak dapat dihubungi melalui telefon, e-mel atau pesanan teks, dua percubaan penghantaran akan dilakukan dalam masa 1-2 hari antara setiap satu sebelum bungkusan itu dikembalikan kepada penjual.

Caj penghantaran di Malaysia

Bagi pelanggan yang tinggal di Malaysia Timur, kadar penghantaran tetap adalah RM12.00 untuk pembelian di bawah RM200. Untuk pesanan melebihi RM200, pelanggan boleh memilih ‘Penghantaran Percuma’ semasa membuat pembayaran.

Bagi pelanggan yang tinggal di Malaysia Semenanjung(Tengah & Barat), kadar penghantaran tetap adalah RM8.00 untuk pembelian di bawah RM88. Untuk pesanan melebihi RM88, pelanggan boleh memilih ‘Penghantaran Percuma’ semasa membuat pembayaran.